Lenggong

Geopark

Lenggong Geopark ialah wilayah istimewa di Hulu Perak (mukim Kenering, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit). Pengendapan Sungai Perak membentuk sebuah lembah yang terdiri daripada beberapa siri teres (aluvium) dan diapit oleh dua banjaran granit: Titiwangsa di timur dan Bintang di barat. Sebahagian besar kawasan Lenggong Geopark (>80%) ialah batuan granit berusia Trias Akhir (220–210 juta tahun). Rejahan granit adalah peristiwa penting evolusi geologi serantau Asia Tenggara yang berlaku akibat perlanggaran antara dua kepingan tektonik kuno iaitu Sibumasu dan Indochina sejak 240 juta tahun semasa penutupan lautan Paleo-Tethys, lalu membentuk daratan Semenanjung Malaysia.

 
Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 ialah kawasan pertama dihuni oleh manusia di Asia Tenggara sehinggalah dihentam oleh meteor pada 1.83 juta tahun dahulu. Hentaman ini menyebabkan kepupusan semua hidupan di sekitarnya dan menghasilkan batuan impaktit suevit yang langka di dunia sebagai bukti. Penemuan alat batu di dalam batuan suevit adalah bukti kewujudan manusia pra-sejarah di Lenggong sebelum hentaman. Pada 550,000 tahun dahulu, manusia pra-sejarah kembali membina tamadunnya dan bukti ini telah dijumpai di tapak terbuka dan di dalam bebera vpa gua batu kapur di Lenggong. Sejak itu, Lenggong terus diduduki oleh manusia hingga ke hari ini. Masyarakat di sini masih mengamalkan budaya dan tradisi setempat yang asli. Ekosistem hutan kawasan pergunungan granit dan perbukitan batu kapur yang terpelihara menyokong kelangsungan mega kepelbagaian biologi. Keistimewaan Lenggong Geopark ialah ibarat permata pelancongan di Malaysia yang belum digilap.

Luas Kawasan

Lenggong Geopark

Biotapak Lata Kekabu dalam konteks pengurusan Hutan Simpanan Kekal Bintang Hijau dikelaskan sebagai Taman Eko-Rimba Lata Kekabu seluas 0.062 km2 di bawah pengurusan Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak. Terletak lebih kurang 10 km dari pekan Lenggong, biotapak ini mewakili habitat hutan granit tropika yang terpulihara bagi flora dan fauna terancam seperti Rafflesia spp.,
Johannesteijsmannia perakensis, harimau, ungka dan burung kuang raya.

Nikmati Pengalaman Lenggong Geopark dengan Keindahan Alam

Team kami bersedia untuk bekerjasama bersama Anda!