Tentang Kami

Cerita

Lenggong Geopark

Lenggong Geopark ialah wilayah istimewa di Hulu Perak (mukim Kenering, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit). Pengendapan Sungai Perak membentuk sebuah lembah yang terdiri daripada beberapa siri teres (aluvium) dan diapit oleh dua banjaran granit: Titiwangsa di timur dan Bintang di barat. Sebahagian besar kawasan Lenggong Geopark (>80%) ialah batuan granit berusia Trias Akhir (220–210 juta tahun). Rejahan granit adalah peristiwa penting evolusi geologi serantau Asia Tenggara yang berlaku akibat perlanggaran antara dua kepingan tektonik kuno iaitu Sibumasu dan Indochina sejak 240 juta tahun semasa penutupan lautan Paleo-Tethys, lalu membentuk daratan Semenanjung Malaysia.

Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012 ialah kawasan pertama dihuni oleh manusia di Asia Tenggara sehinggalah dihentam oleh meteor pada 1.83 juta tahun dahulu. 

Hentaman ini menyebabkan kepupusan semua hidupan di sekitarnya dan menghasilkan batuan impaktit suevit yang langka di dunia sebagai bukti. Penemuan alat batu di dalam batuan suevit adalah bukti kewujudan manusia pra-sejarah di Lenggong sebelum hentaman. Pada 550,000 tahun dahulu, manusia pra-sejarah kembali membina tamadunnya dan bukti ini telah dijumpai di tapak terbuka dan di dalam beberapa gua batu kapur di Lenggong. Sejak itu, Lenggong terus diduduki oleh manusia hingga ke hari ini. Masyarakat di sini masih mengamalkan budaya dan tradisi setempat yang asli. Ekosistem hutan kawasan pergunungan granit dan perbukitan batu kapur yang terpelihara menyokong kelangsungan mega kepelbagaian biologi. Keistimewaan Lenggong Geopark ialah ibarat permata pelancongan di Malaysia yang belum digilap.

Lenggong Geopark is a special region in Hulu Perak (covering Kenering, Lenggong, Temelong and Durian Pipit subdistricts). The deposition of Sungai Perak formed a valley flanked by two granite mountain ranges: Titiwangsa in the east and Bintang in the west. Most of the Lenggong Geopark area (> 80%) is granite aged Late Triassic (220–210 million years old). Granite intrusion is an important event in the geological evolution of Southeast Asia that occurred as a result of a collision between two ancient tectonic plates, Sibumasu and Indochina, over 240 million years ago during the closure of the Paleo-Tethys Ocean, forming the mainland of Peninsular Malaysia.

The Lenggong Valley, which was endorsed as a UNESCO World Heritage Site since 2012, was the first area inhabited by prehistoric humans in Southeast Asia until it was hit by a meteor 1.83 million years ago. This impact caused the extinction of all life in the surrounding area and produced the world’s rare suevite impact rock as evidence. The discovery of stone tools in the suevite rocks is evidence of prehistoric human existence in Lenggong before the impact. About 550,000 years ago, humans rebuilt their civilization and was recorded as evidence found in open sites and several limestone caves in Lenggong. Since then, Lenggong has continued to be occupied by humans to this day. The local community here still practices the authentic local culture and traditions. The preserved forest ecosystems of granite mountains and limestone hills support the survival of mega biodiversity. Lenggong Geopark is a special place akin to a rare unpolished gem in Malaysia.

Nikmati Pengalaman Lenggong Geopark dengan Keindahan Alam

Team kami bersedia untuk bekerjasama bersama Anda!